My Add

Sunday 4 December 2011

Pencari madu temui warga emas di lereng bukit

KUALA TERENGGANU, AHAD, 04 Disember, 2011:
SEORANG warga emas yang dilaporkan hilang selama empat hari di Bukit Jong, di sini, ditemui dalam keadaan lesu dan keletihan di lereng bukit itu oleh seorang pencari madu lebah, pagi ini. 

Mohd Azam Ismail, 31, berkata beliau menemui Senik Mamat, 87, sedang tidur di bawah satu timbunan daun pada kira-kira pukul 10 pagi dalam keadaan yang sangat lemah.

"Dia terlalu lemah dan tidak mampu berjalan, jadi saya memikulnya kira-kira tiga kilometer untuk turun ke kaki bukit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Anak Senik, Abdullah Senik, 49, berkata keluarganya menyedari kehilangan bapanya yang mempuyai masalah nyanyuk itu pada kira-kira 5 petang Khamis lalu, dan berusaha mencarinya bersama orang kampung, sebelum beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kelmarin. 

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Terengganu, Khairul Anuar Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Senik pada 1.35 petang semalam dan terus melancarkan gerakan mencari dengan bantuan orang kampung, polis dan anggota Jabatan pertahanan Awam. 

Beliau berkata, Senik ditemui kira-kira 15 kilometer dari rumahnya di Kampung Lerek, Tepoh, dalam keadaan lemah serta mengalami luka kecil dan sudah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment