My Add

Wednesday 7 December 2011

Penduduk serah VCD

MOHD. Nor Ismail (tiga dari kanan) bersama sebahagian penduduk Pasir Mas membantah dan menunjukkan surat penyerahan rakaman video ceramah 'Ustaz Budak' di Lundang, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, RABU, 07 Disember, 2011: 
SEKUMPULAN penduduk kampung dari daerah Pasir Mas tampil ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di sini untuk menyerahkan salinan rakaman ceramah Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' yang didakwa menyamakan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan nabi.

Kumpulan tersebut mendakwa, ia merupakan rakaman ceramah sepanjang 10 minit tanpa disunting seperti yang disiarkan oleh laman portal dan blog sebelum ini.

Wakil penduduk tersebut, Mohd. Nor Ismail berkata, pihaknya menyerahkan salinan video cakera padat (VCD) tersebut kerana merasa bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dan berharap JHEAIK menjalankan siasatan secara terperinci.

"Kami rasa keliru dengan ceramah yang disampaikan oleh Shamsul Zaman. Kami memperoleh rakaman video ini melalui rakan-rakan tetapi tidak diketahui bila dan di mana ceramah itu berlangsung.

"Sejak zaman sekolah lagi kami diajar tiada nabi lagi selepas Nabi Muhammad SAW tetapi tiba-tiba 'Ustaz Budak' ini kata Nik Aziz sama dengan nabi.

"Oleh itu, kami meminta kepada JHEAIK supaya menjalankan siasatan secara terperinci kerana ini melibatkan akidah umat Islam," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan rakaman video tersebut kepada pihak JHEAIK di Balai Islam Lundang di sini, semalam

Sebelum ini, sebuah portal detikperubahan.com menyiarkan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang telah diedit sepanjang kira-kira dua minit.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak JHEAIK gagal apabila Pengarahnya, Datuk Che Rahim Jusoh tiada di pejabat. Usaha untuk menghubungi beliau juga tidak berjaya. - UM

No comments:

Post a Comment