My Add

Sunday 18 December 2011

Peniaga terjejas BERSIH tak terbela

MOHD RIDZUAN (dua dari kiri) pada sidang media mengenai tuntutan ganti rugi peniaga akibat perhimpunan haram BERSIH 2.0, di Kuala Lumpur, semalam. 


Pejabat Peguam 
Negara sukar cari defendan

KUALA LUMPUR, AHAD, 18 Disember, 2011: Seramai 317 peniaga di sekitar ibu negara yang mengemukakan tuntutan kerugian mencecah RM817,205 masih belum mendapat pembelaan sewajarnya berikutan Pejabat Peguam Negara gagal menamakan pihak mana harus dipertanggungjawabkan di sebalik penganjuran perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata pihaknya akan membawa tuntutan terbabit ke mahkamah kerana perhimpunan haram berkenaan yang mengganggu operasi peniaga kecil tidak patut dibiarkan begitu saja tanpa sebarang tindakan,,= lapor Muhd Amirul Faiz Ahmad. 

“Kita sudah menghantar surat meminta Peguam Negara membuat pengesahan pihak mana patut dinamakan sebagai defendan supaya proses mahkamah boleh diteruskan. Kami juga menghantar laporan polis setebal 365 muka surat mengenai jumlah kerugian ditanggung, namun selepas lima bulan, tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak memberi reaksi yang membantu. Kami tidak faham mengapa kerajaan begitu takut mengambil tindakan tegas terhadap penganjur BERSIH 2.0. Adakah kita mahu memberi peluang kepada penganjuran haram lain,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Mohd Ridzuan berkata, beliau memahami strategi kerajaan dalam menangani pihak bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan haram terbabit, tetapi mempersoalkan mengapa mengambil masa lama walaupun beratus laporan polis sudah dibuat.

“Kami percaya kerajaan mungkin mencari satu kaedah untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi takkan ambil masa sampai lima bulan. Kita dapat maklumat kemungkinan akan berlaku BERSIH 3.0, saya berasa sudah sampai masa kerajaan bertegas,” katanya.

Beliau berkata, IKHLAS masih membuka ruang untuk berbincang dengan mana-mana pihak, termasuk kerajaan dan penganjur BERSIH 2.0 dalam menyelesaikan tuntutan ganti rugi berkenaan sebelum membawa kes terbabit ke mahkamah. - Berita Minggu

No comments:

Post a Comment