My Add

Sunday 18 December 2011

SKM sasar pulangan niaga sektor koperasi cecah RM24 bilion

IPOH, AHAD, 18 Disember, 2011: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mensasarkan RM24 bilion pulangan perniagaan daripada aktiviti ekonomi koperasi di seluruh negara menjelang akhir tahun 2012. 

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusod Samsudin, berkata sasaran itu realistik memandangkan sehingga tahun ini aktiviti ekonomi koperasi berjaya menjana RM21 bilion pulangan perniagaan.

"Sebahagian besar pulangan disumbangkan oleh koperasi bersaiz besar yang mempunyai pulangan perniagaan melebihi RM5 juta setahun.

"Kebanyakan mereka ini terbabit dalam bidang peladangan, perumahan, pengangkutan dan pemprosesan makanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Angkasa negeri Perak di sini, hari ini. 

Beliau juga menggalakkan lebih banyak koperasi kecil dan sederhana menceburi bidang ekonomi berskala besar serta peluang ekonomi baru. 

Katanya, koperasi juga perlu sentiasa meningkatkan prestasi mereka supaya kekal kompetitif dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 

Mengambil contoh Bank Rakyat sebagai model koperasi berjaya, katanya bank tersebut diiktiraf sebagai antara terbaik dunia disenarai dalam Global 300 oleh International Cooperative Alliance. 

Mengenai produk keperluan harian keluaran koperasi dengan kerjasama Felda Trading yang menggunakan jenama COOP 1Malaysia yang dipasarkan di 543 kedai runcit koperasi seluruh Semenanjung Malaysia, Md Yusof berkata jumlah produk akan ditingkatkan kepada 150 jenis menjelang Mac tahun depan. 

Jenama COOP 1Malaysia kini mempunyai 24 jenis produk seperti kicap, serbuk minuman koko dan bawang sejak Oktober lalu. 

Katanya, produk COOP 1Malaysia juga dijangka akan menebusi pasaran Sarawak mulai bulan depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment