My Add

Thursday 15 December 2011

Peningkatan penghidap penyakit tak berjangkit membimbangkan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
TINJAUAN Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) Kementerian Kesihatan pada tahun ini menunjukkan jumlah rakyat negara ini yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, obesiti, tekanan darah tinggi dan kesihatan mental meningkat dan berada pada tahap membimbangkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, 20.8 peratus daripada golongan berusia 30 tahun ke atas di negara ini dikesan menghidap diabetes berbanding 14.9 peratus pada 2006, manakala penghidap obesiti meningkat kepada 15.1 peratus pada tahun ini berbanding 14 peratus pada 2006.

"Selain itu, 32.7 peratus rakyat negara ini menghidap tekanan darah tinggi pada tahun ini berbanding 32.2 peratus pada 2006. Isu kesihatan mental di kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun meningkat kepada 19.1 peratus tahun ini berbanding 12.3 peratus pada 1996 dan di kalangan remaja 15 hingga 16 tahun meningkat kepada 22.2 peratus daripada 13.4 peratus untuk tempoh sama,” katanya pada majlis memperkenalkan duta sihat 1Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment