My Add

Thursday 15 December 2011

500 anak anggota PBTM terima Netbook 1Malaysia

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Disember, 2911:
SERAMAI 500 anak anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) yang menuntut di institusi pengajian tinggi, hari ini menerima sumbangan Netbook 1Malaysia daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Wisma Pahlawan di sini.

Timbalan Menterinya, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, yang menyerahkan komputer berkenaan berkata, sumbangan itu adalah antara satu juta unit Netbook kerajaan untuk diedarkan kepada pelajar sekolah dan penuntut universiti di seluruh negara.

"Ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat celik IT (teknologi maklumat) dan anak bekas tentera tidak dilupakan untuk menghadapi dunia tanpa batasan ini.

"Pemberian Netbook juga diharap dapat membantu anak anggota PBTM mudah mencari maklumat tambahan bagi pengajian mereka,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment