KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Disember, 2011:
PERHIMPUNAN Agung UMNO 2011 yang masuk hari terakhir hari ini disambung semula pagi ini dengan perbahasan usul agama, pendidikan dan sosial.
Sebanyak 14 perwakilan dijadual membahaskan usul tersebut sebelum disusuli
dengan sesi penggulungan oleh pimpinan UMNO termasuk Presiden parti, Datuk SeriNajib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut dijadual menggulung perbahasan ialah ketiga-tiga naib presiden parti
iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein danDatuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Penggulungan juga membabitkan ketua ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin (Pemuda) dan Datuk Rosnah
Abdul Rashid Shirlin (Puteri).
Perhimpunan itu yang bermula Selasa lalu melabuhkan tirainya hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment