My Add

Saturday 3 December 2011

Anifah hadir persidangan antarabangsa Bonn, Jerman

KUALA LUMPUR, SABTU 03 Disember, 2011:
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mewakili Malaysia ke Persidangan Antarabangsa mengenai Afghanistan di Bonn, Jerman pada 5 Dis. ini.

Persidangan itu diadakan tepat 10 tahun selepas berlangsungnya Persidangan Antarabangsa mengenai Afghanistan yang pertama di Bonn, Jerman pada Disember 2001.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini hari ini, persidangan itu akan dipengerusikan Presiden Afghanistan Hamid Karzai, dengan Jerman sebagai hos yang bertemakan ‘Dari Peralihan Ke Transformasi’.

Ia bertujuan menggembleng sumber serta kesinambungan usaha bersama yang diambil oleh masyarakat antarabangsa bagi menerokai dengan lebih luas kaedah-kaedah berkesan dalam menangani pelbagai isu di Afghanistan dan seterusnya menetapkan hala tuju negara tersebut.

Sebanyak 90 delegasi yang terdiri daripada 1,000 peserta merangkumi rakan antarabangsa Afghanistan, pihak serantau yang berkepentingan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan antarabangsa utama yang lain dijangka menghadiri Persidangan berkenaan. — Bernama

No comments:

Post a Comment