My Add

Friday 9 December 2011

Persidangan Perwakilan SUPP diadakan seperti dijadualkan

KUCHING, JUMAAT, 09 Disember, 2011:
PERSIDANGAN Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang dijadual berlangsung esok dan Ahad ini akan diadakan seperti dirancang, meskipun wujud ugutan pemulauan oleh kumpulan yang menyokong seorang daripada calon jawatan Presiden, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Presiden parti, Tan Sri Dr George Chan berkata, Jawatankuasa Pusat SUPP (CC), pihak paling berkuasa dalam parti, mengesahkan Jawatankuasa Pemilihan telah mengendalikan pemilihan bahagian menurut perlembagaan parti dan tidak melanggar apa-apa peraturan.

"Kami akan menjelaskan hal ini kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan CC telah melihat aduan-aduan yang dikemukakan dan memperbetulkan sebahagian daripadanya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat CC terakhirnya sebagai presiden di ibu pejabat SUPP di sini.

Mengenai sebarang penundaan seperti yang didesak oleh Soon Koh dan para penyokong bagi membolehkan sebarang dakwaan ketidakpatuhan pada pemilihan bahagian diperbetulkan, Dr George berkata, ia adalah bertentangan dengan perlembagaan parti dan mungkin boleh menyebabkan SUPP dibatalkan pendaftarannya. – Bernama

No comments:

Post a Comment