My Add

Friday 9 December 2011

Kerjasama strategik Prasarana dengan pengusaha bas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Disember, 2011:
SYARIKAT Prasarana Negara Berhad (Prasarana) akan mempelopori kerjasama strategik dengan pesaingnya di Lembah Klang, dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan bas awam.

Pengarah Pengurusan kumpulan, Datuk Shahril Mokhtar berkata, kerjasama yang akan diadakan menyamai konsep yang dilaksana industri penerbangan dan ”strategi lautan biru” di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Industri pengangkutan awam sekarang menghadapi cabaran ekonomi yang sukar termasuk peningkatan kos operasi. Adalah penting bagi kami melakukan transformasi untuk kelangsungan perniagaan.

"Kami telah memulakan perbincangan dengan Setara Jaya Sdn Bhd dan Syarikat Len Seng Sdn Bhd, dan kami berharap dalam memperluaskan kerjasama dengan syarikat bas lain di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada masa ini, terdapat 14 pengusaha bas di Lembah Klang termasuk RapidKL yang merupakan operator terbesar daripada segi jumlah bas dan kawasan operasi.

RapidKL yang memiliki 1,488 buah bas yang beroperasi di 166 laluan meliputi 980 kawasan perumahan. – Bernama

No comments:

Post a Comment