My Add

Wednesday 14 December 2011

Pertunjukan Tatu Tentera Darat di PUSASDA mulaI Jumaat ini

PORT DICKSON, RABU, 14 Dismber, 2011: 
TENTERA Darat Malaysia (TDM) akan menganjurkan pertunjukan Tatu Tentera Darat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini pada Jumaat hingga Ahad ini. 

Pegawai Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan, Mejar Haslinda Rahim, berkata pertunjukan tatu itu diadakan mulai jam 8 malam hingga 11 malam pada hari berkenaan.

Di samping itu, orang ramai turut berpeluang melihat pameran kerjaya dan aset tentera darat serta 'International Army Run'.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan pertunjukan berkenaan. 

Sebarang maklumat boleh layari laman web army.mod.gov.my. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment