My Add

Monday 26 December 2011

Pesara tentera digalak sertai projek di Sungkai - Zahid Hamidi

BAGAN DATOH, ISNIN. 26 Disember, 2011: Pesara tentera Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam industri pertahanan terutamanya dalam bidang kejuruteraan digalak menyertai projek Pusat Industri Pertahanan di Sungkai, Tanjung Malim Perak yang dijangka dimulakan dalam suku pertama tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pesara tentera yang terlibat dalam industri pertahanan harus memanfaatkan projek itu kerana ia membuka peluang besar dalam perniagaan baru selain menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, kerajaan meletakkan sasaran pelaburan asing bernilai RM15 bilion apabila pusat industri pertahanan itu beroperasi sepenuhnya nanti.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 25 syarikat pertahanan antarabangsa telah menunjukkan minat iaitu 15 dari Eropah, Amerika Syarikat (lapan) dan dua dari Korea dengan nilai pelaburan bejumlah RM4.73 bilion. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment