My Add

Monday 5 December 2011

PETRONAS bantu mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru

KOTA KINABALU, ISNIN, 05 Disember, 2011: 
SERAMAI 55 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, dekat sini, hari ini menerima sumbangan dalam bentuk makanan dan wang tunai bernilai RM20,000 keseluruhannya daripada PETRONAS. 

Sumbangan di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat PETRONAS itu disampaikan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporatnya, Datuk Mohd Medan Abdullah.

Seorang penerima, Mohd Nor bin Abd Salim, berkata sumbangan PETRONAS itu dapat meringankan bebannya SELEPAS kehilangan tempat tinggal dalam kejadian kebakaran pada 24 November lalu.

"Kejadian malang itu menyebabkan saya dan keluarga tinggal sehelai sepinggang. Saya sangat berterima diatas sumbangan PETRONAS ini," katanya yang kini terpaksa menyewa bilik di kampung tersebut. 

Sementara itu, Mohd Medan berkata sebaik mengetahui kejadian kebakaran di kampung Tanjung Aru Baru melalui, beliau terus mengarahkan pegawainya supaya bertindak menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment