My Add

Monday 5 December 2011

Sistem sukarelawan diberi fokus 2012 – Ahmad Shabery

SEREMBAN, ISNIN, 05 Disember, 2011: 
KEMENTERIAN Kebudayaan Belia dan Sukan (KBS) akan memberi penekanan untuk membangunkan sistem sukarelawan yang paling besar di negara ini pada tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, satu sasaran perlu dicapai agar sukarelawan dalam kalangan belia ini boleh segera digerakkan untuk kerja amal dan komuniti.

"Jika dibandingkan dengan Australia, negara itu mempunyai lima juta sukarelawan yang mendaftar untuk memberi sumbangan 700 juta jam bagi kerja komuniti.

“Di Malaysia kita tidak ada satu sistem untuk mengukur dengan cara yang tepat, walaupun ada orang buat, tapi kita tidak ada satu ”one stop centre” untuk membuat laporan supaya kita dapat mengukur tahap rakyat Malaysia bersedia untuk menjadi sukarelawan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Pegawai Belia dan Sukan KBS di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, sukarelawan bukan saja diperlukan waktu bencana, tapi juga pada hari biasa seperti untuk memberi tuisyen, membuat kutipan amal serta juga membuat kerja komuniti.

"Jadi, ini antara perkara yang akan kita memberi tumpuan pada tahun depan iaitu bagaimana untuk membangunkan semangat sukarelawan terutama dalam kalangan belia,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment