My Add

Wednesday 7 December 2011

PM umum pelan strategik industri maritim negara pada LIMA


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat replika kapal layar tradisional selepas majlis perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) sambil diperhatikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi HW LIMA Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Wahab Nawi. - Foto Shahrizal Md Noor


LANGKAWI, RABU, 07 Disember, 2011: PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Pelan Strategik Industri Kapal/Pembinaan Kapal Malaysia 2020 yang bermatlamat menjana RM6.35 bilion Pendapatan Kasar Negara (PNK) dan mewujudkan 55,500 pekerjaan tambahan untuk negara menjelang 2020.

Menerusi pelan itu, yang dilancarkan sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011, pertumbuhan dijangkakan mampan dan terangkum, dan mungkin menjadi rahmat untuk Sarawak yang menyaksikan industri maritim berkembang dan menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negeri.

Disediakan oleh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM), pelan itu menyasarkan untuk menguasai 80 peratus daripada pasaran baharu tempatan dan dua peratus pasaran baharu global, meningkat daripada 50 peratus dan 0.8 peratus pada 2010.

Menurut MIGHT, sumbangan utama dijangkakan datang daripada peningkatan kerja membina dan membaik pulih Kapal-kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) bagi eksplorasi minyak dan gas serta penggantian kapal lama penyedia perkhidmatan Petronas (PSC) yang menyumbang RM10 bilion dalam perolehan industri menjelang 2020.

Untuk segmen baik pulih kapal, pelan itu menyasarkan untuk menguasai tiga peratus daripada pasaran baik pulih Selat Melaka yang bernilai kira-kira RM1 bilion setahun.

Khidmat servis OSV tahunan bagi kerja baik pulih kapal luar pesisir Laut China Selatan bagi limbungan kapal di Kelantan, Terengganu dan Pahang ketika ini dianggarkan bernilai lebih RM200 juta setahun. – Bernama

No comments:

Post a Comment