My Add

Wednesday 7 December 2011

EDL: Pengguna keluar, masuk Singapura dikenakan tol

JOHOR BAHRU, RABU, 07 Disember, 2011:
SEMUA pengguna yang keluar dan masuk dari Singapura melalui Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar, di sini, akan dikenakan bayaran tol berikutan pembukaan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL), Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Datuk Mohamed Razeek Hussain berkata, kadar tol yang akan dikenakan itu bagaimanapun belum diputuskan dan akan ditentukan Kabinet sebelum diumumkan kepada pengguna.

"Kaunter tol menggunakan kad Touch ”n Go itu terletak dalam KIK. Pengguna masih lagi dikecualikan tol untuk sepanjang tempoh percubaan EDL pada Januari ini sehingga ia diumumkan kelak,” katanya kepada pemberita pada taklimat media mengenai EDL, di sini, hari semalam.

Beliau berkata, hanya pengguna keluar dan masuk dari Singapura dikenakan bayaran tol, manakala pengguna EDL yang tidak memasuki negara jiran terutama penduduk bandar raya ini yang ingin ke pusat bandar atau keluar menerusi susur Bakar Batu tidak perlu membayar sebarang tol.

Katanya, lebuh raya sepanjang 8.1 kilometer dengan kos pembinaan RM977 juta itu memanfaatkan penduduk bandar raya ini kerana menjimatkan masa dan menyelesaikan masalah kesesakan jalan terutama di Jalan Tebrau dan Jalan Pandan. – Bernama

No comments:

Post a Comment