My Add

Tuesday 20 December 2011

PR sangkal DAP rancang ambil kuasa di Selangor

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Disember, 2011: Entah apa mimpinya, seorang sahabat lama, aktivis Pas telefon saya lepas Maghrib tadi, Dia tanya sama ada saya baca kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman dalam Harakahdaily.

Ya, aku dah baca, dia kutuk keras konon, ada pihak tertentu dok sebar 'pembohongan' DAP sedang merancang untuk mengambil kuasa Menteri Besar Selangor dengan meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu.

Belum sempat saya sambung cakap, dia lantas menyoal lagi. Benarkahkah rancangan DAP itu?

Itu, aku tak tahu, tapi ia tidak mustahil. Tak tumbuh tak melata, tak sunguh orang tak kata, jawab saya. Dia ketawa besar.

Ada asas pandangan kau, katanya sembil menambah, tiada angin masakah pokok bergoyang. Dia ketawa lagi.

Perbualan kami tiba-tiba terputus. Mungkin beteri telefonnya dah kong.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr. Abdul Rani berkata, Pakatan Rakyat Selangor melihat ini sebagai satu usaha terdesak UMNO khususnya untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong calon-calon PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Meurutnya, soal jawatan Menteri Besar Selangor tidak pernah timbul kerana PR berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tiada apa-apa rancangan untuk menukarnya.

“Kami yakin bahawa melalui kerjasama dan semangat saling sokong menyokong yang ditunjukkan selama ini, prestasi Selangor di bawah Tan Sri Khalid akan bertambah, bukan sebaliknya.

“Sekalli lagi kami dari PR mengutuk sekeras-kerasnya usaha adu domba dan persengketaan berbau perkauman yang disebar Umno dan menggesa mereka meninggalkan tabiat buruk dan terkutuk itu demi negara,” ujar Dr Rani lagi.



DR Rani bersama Teresa (kiri) dan Khalid Samad dalam sidang media Pakatan Rakyat Selangor hari ini

Katanya, UMNO mahu meneruskan pembohongan dengan menimbulkan satu persoalan yang tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam PR.

Beliau yang juga ADUN Meru menjelaskan DAP telah mencadangkan kepada PR Selangor supaya mereka dibenarkan meletak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Hakikatnya, kata beliau DAP adalah parti berbilang kaum tetapi telah ‘dipenjarakan’ dalam imej parti bukan Melayu oleh UMNO sebagai strategi politik pecah dan perintah yang telah mereka gunakan ke atas rakyat selama ini

Ini, katanya dicadangkan DAP dengan tujuan supaya DAP boleh membebaskan dirinya daripada imej yang ‘dipenjarakan’ oleh UMNO.

Menurutnya, perbincangan telah dilakukan secara tenang dan terbuka bersama rakan-rakan PR dan bukan secara tertutup atau rahsia.

Pas dan PKR, jelasnya telah menyatakan kekhuatiran ia akan dieksploitasi oleh UMNO yang sememangnya menggunakan sentimen perkauman untuk menyerang PR.

DAP, katanya akan dituduh gila kuasa dan Pas serta PKR pula akan dituduh pengkhianat bangsa.

“Walaupun inilah apa yang sering dilakukan UMNO, namun tindakan itu boleh mengukuhkan persepsi yang songsang ini di kalangan masyarakat Melayu,” tegasnya.

1 comment:

  1. kenapa ada teresa kok disini? PKR da kurang org ke nk dptkan undi kemenangan?

    ReplyDelete