My Add

Sunday 11 December 2011

Produk 1Malaysia di seluruh negara tahun depan

BERA, AHAD, 11 Disember, 2011: 
PRODUK-PRODUK 1Malaysia dijangka berada di seluruh negara ini menjelang hujung tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, selain menyasarkan 25 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tahun ini, peruncit digalakkan menjual produk berkenaan di kedai masing-masing dengan menempatkan di rak khas.

"Dalam usaha memperluaskan produk itu di seluruh negara, kementerian akan mengeluarkan borang kepada orang ramai yang berminat untuk membuka KR1M.

"Borang berkenaan boleh didapati di semua pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan seluruh negara," katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jalinan Kasih anjuran Yayasan 1Malaysia Development Berhad, di sini semalam.

Ismail berkata, tiada sebab sesetengah pihak menyatakan kewujudan KR1M membunuh perniagaan runcit yang lain, sebaliknya, ia boleh dimanfaatkan bersama.

Menurutnya, usaha kerajaan memperkenalkan produk 1Malaysia dengan menubuhkan KR1M bukan untuk memonopoli pasaran tetapi menjadikannya sebagai penanda aras kepada syarikat-syarikat lain melakukan perkara yang sama supaya lebih kompetitif.

Katanya, harga produk 1Malaysia yang jauh lebih rendah seharusnya dijadikan persaingan kepada syarikat lain untuk mengeluarkan barang dengan harga lebih rendah. - MM

No comments:

Post a Comment