My Add

Sunday 11 December 2011

Kerajaan Pusat baik pulih beratus masjid di Kelantan - Mustapa

TUMPAT, AHAD, 11 Disember, 2011:
KERAJAAN Pusat yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) telah membantu memperbesar dan membaiki beratus buah masjid biarpun negeri itu diperintah oleh Pas sejak 20 tahun lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bukan itu sahaja, Kerajaan Pusat juga telah membina beberapa buah masjid di negeri itu.

"Amat dukacita di Kelantan tidak banyak masjid baru dibina oleh Pas, dalam masa 21 tahun, hanya beberapa buah masjid dibina oleh kerajaan negeri ini.

"BN amat komited dalam menegakkan syiar Islam terutama untuk menyediakan masjid atau surau untuk beribadat, sebagai contoh, Timbalan Perdana Menteri ketika melawat negeri ini baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta untuk memperbesarkan masjid Belimbing.

"Begitu juga ketika lawatan Perdana Menteri sebelum ini telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM500,000 untuk memperbesarkan Masjid Bachok," katanya ketika ditemui selepas Majlis Khatan Perdana di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, di sini semalam.

Beliau mengulas pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas.

Bagaimanapun selepas laporan tersebut tersiar di muka depan Utusan Malaysia, Abdul Fatah telah menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, dua buah masjid baru telah dibina di Jeli dalam tempoh tidak sampai 10 tahun menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut. - MM

No comments:

Post a Comment