My Add

Sunday 4 December 2011

Projek letak kereta: Guan Eng perlu bertanggungjawaba

JOHOR BAHRU, AHAF,  04 Disember, 2011: 
KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab atas kegagalan projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Dr Yen Yen, yaaang menyuaarakan kekecewaannya, menuntut jawapan daripada Guan Eng, selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek itu yang dibiayai kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan.

"Jika mereka tidak boleh membina tempat letak kereta, apa lagi yang mereka boleh lakukan?” katanya pada sidang akhbar selepas amerasmikan Fabulous Food 1Malaysia - Street Food Festival 2011 di Johor Jaya, malam tadi.

Dr Yen Yen berkata, Guan Eng mesti memberi jawapan dan menegaskan bahawa peletakan jawatan seorang atau dua orang berhubung perkara itu tidak memadai.

Pada Sabtu lalu, Guan Eng dilaporkan berkata, tempat letak kereta bertingkat-tingkat itu akan dirobohkan, direka semula dan dibina semula seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.

Projek itu yang disiapkan pada Mac lepas, gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah. – Bernama

No comments:

Post a Comment