My Add

Monday 19 December 2011

PRU-13: SPR putuskan untuk gunakan dakwat kekal

PUTRAJAYA, ISNIN, 19 Disember, 2011: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal ”silver nitrate” pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini.

Beliau berkata, dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada PRU-12.

Enggan memaklumkan sumber negara ia diimport, Abdul Aziz berkata, dakwat kekal itu digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.

Beliau turut mengumumkan ”pengundian awal” akan diperkenalkan pada PRU kelak iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Undi pos masih dikekalkan, namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya, kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.

Katanya, kesemua perkara berkenaan adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment