My Add

Friday 9 December 2011

Pusat hiburan ulangi kesalahan diserbu di Georgetown

GEORGE TOWN, JUMAAT, 09 Didember, 2011: 
SEBUAH pusat hiburan di sini yang diserbu lebih 10 kali kerana mengupah wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO), didapati terus mengulangi kesalahan itu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata dalam operasi jam 10.30 malam itu, 17 wanita warga China berusia antara 20-an dan 30-an diberkas sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap

daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. "Beberapa daripada mereka cuba meloloskan diri dan bersembunyi dalam
bilik tetapi usaha mereka gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung,"
katanya di sini, hari ini.

Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu.

Gan berkata, serbuan itu dilakukan selepas pemantauan mendapati pusat hiburan
itu masih menyediakan khidmat GRO warga asing.
Katanya, operasi berkenaan juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan
penyalahgunaan dadah di pusat hiburan.

"Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit
dalam kegiatan membekalkan warga asing ke pusat hiburan itu selain mengesan
pemilik premis itu," kata Gan.

Katanya, pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan bagi memastikan kegiatan
mengupah wanita warga asing untuk bekerja sebagai GRO dapat dibendung. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment