My Add

Friday 23 December 2011

Ramai peniaga gagal pamer tanda harga barang kawalan

PETALING JAYA 23 Dis. - Kegagalan mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan yang dikawal merupakan kesalahan paling banyak dilakukan peniaga sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan tahun ini dengan mencatatkan 122 kes melibatkan kompaun RM20,100.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, peniaga harus mengambil inisiatif untuk mendapatkan kadbod atau kertas berwarna merah jambu dan meletakkan tanda harga itu.

"Belilah kad manila berwarna merah jambu, guntinglah satu-satu dan pamerkannya.

"Kita sebenarnya bukannya mahu menangkap sesiapa dan mengenakan apa-apa tindakan tetapi disebabkan tugas, pihak penguatkuasa terpaksa mengambil tindakan setelah peniaga tidak mematuhinya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pasar besar Tesco Mutiara Damansara di sini hari ini.

Lawatan itu sempena hari pertama Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas yang akan berkuatkuasa sehingga Selasa depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment