My Add

Friday 23 December 2011

Tiada operasi khas JPJ sempena perayaan Krismas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 DisEMBER, 2011: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mengadakan operasi khas sempena musim perayaan Krismas ini sebaliknya meneruskan dengan pelaksanaan operasi rutin, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hasan.

Operasi rutin itu adalah seperti menempatkan anggota penguat kuasa JPJ di 36 terminal bas seluruh negara untuk pemeriksaan bersama-sama pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), katanya.

"Penguatkuasaan secara penyamaran sebagai penumpang bas oleh anggota JPJ juga akan diteruskan selain mengambil tindakan ke atas ulat tiket di terminal bas dan lapangan terbang,” katanya hari ini.

Operasi khas JPJ kebiasaannya diadakan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina seperti melakukan pemantauan di ”jalan-jalan maut” memandangkan pergerakan kenderaan di jalan raya pada musim perayaan tersebut begitu tinggi, katanya.

Jumlah trafik dilaporkan boleh meningkat kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak musim perayaan Aidilfitri dan Tahun Baru Cina berbanding 1.1 juta pada hari biasa, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment