My Add

Wednesday 21 December 2011

RapidKL, Setara Jaya, Len Seng bincang kerjasama strategik

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Disember, 2011: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), pengendali bas terbesar negara melalui subsidiarinya RapidKL dan RapidPenang telah memulakan perbincangan menjalin kerjasama strategik dengan dua pesaingnya, Setara Jaya Sdn. Bhd. dan Syarikat Len Seng Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar berkata, perbincangan itu tentang rancangan kerjasama strategik dalam operasi dan aspek perniagaan.

"Perbincangan tentang rancangan berkenaan berjalan baik... kami akan membuat keputusan tentang rundingan ini dalam tempoh tiga bulan,” katanya dan menambah RapidKL juga berminat untuk menjalin kerjasama dengan 14 syarikat pengendali bas di Lembah Klang.

Dalam satu kenyataan hari ini Shahril berkata, penyelesaian muktamad untuk terus menghidupkan industri itu adalah untuk mewujudkan formula menang-menang antara pengendali bas terutama di Lembah Klang dan menerokai kawasan baru.

Sehubungan itu beliau mengulangi keperluan kerjasama strategik jangka panjang di kalangan pengendali bas dalam menghadapi cabaran semasa industri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment