My Add

Wednesday 21 December 2011

KDN akan perkenal visa peringkat satu untuk pelajar asing

PUTRAJAYA, RABU, 21 Disember, 2011: Kementerian Dalam Negeri akan memperkenalkan visa peringkat satu bagi pelajar asing yang melanjutkan pengajian di negara ini dalam usaha mengawal kemasukan mereka.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, menerusi kaedah itu, visa hanya dikeluarkan selepas pelajar terbabit menerima tawaran daripada institusi pengajian berkenaan.

"Sebelum ini mereka menggunakan visa lawatan sosial dan baru cari universiti atau kolej mana mereka nak belajar.

"Tapi selepas ini kita akan perkenalkan ”one tier” visa. Dia mesti dapat universiti mana yang nak belajar, baru visa ini keluar sebelum dia datang ke sini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halatuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment