My Add

Saturday 10 December 2011

RM10j kaji populasi monyet Belanda

KOTA KINABALU, SABTU, 10 Disember, 2011:
KERAJAAN meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan projek penyelidikan program sains dan teknologi untuk ekosistem genetik di dua kawasan hutan simpan di Sabah iaitu Maliau Basin dan Lembah Danum.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, penyelidikan tersebut meliputi aspek kajian selama setahun bagi meningkatkan populasi proboscis monkey atau monyet Belanda di dua kawasan tersebut.

Katanya, ia terbuka kepada pengkaji di institusi pengajian di dalam atau luar negara untuk memahami secara mendalam ekosistem dan genetik spesies terancam itu.

"Kajian itu akan meliputi proses pemetaan genom atau penyelidikan gen monyet Belanda dan mengkaji genetik pembiakan spesies monyet yang jarang ditemui di mana-mana tempat kecuali di Borneo," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Digital Playground in Island 2011 di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul dan Pengerusi Badan Pengarah KYS, Datuk Kamal Quadra. - UM

No comments:

Post a Comment