My Add

Tuesday 13 December 2011

RM37.8j untuk elaun sara hidup nelayan di Pulau Pinang

GEORGETOWN, SELASA, 13 Disember, 2011:
KERAJAAN Persekutuan telah membayar elaun sara hidup sebanyak RM37.8 juta kepada 4,556 orang nelayan di Pulau Pinang sejak Jun 2008 hingga Disember 2011.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan negeri (LKIM), Raja Kahalid Raja Ariffin berkata, para nelayan perlu mendaftarkan diri mereka kepada persatuan nelayan bagi melayakkan mereka menerima elaun tersebut.

"Mereka harus komited dengan tugas mereka sebagai nelayan. Pihak kami akan menarik balik elaun jika golongan ini didapati melakukan pekerjaan lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan elaun sara hidup di sini hari ini.

Beliau turut menasihati para nelayan agar sentiasa mengemas kini akaun bank bagi memudahkan bayaran dibuat selain memaklumkan kepada pihak LKIM jika mereka tidak dapat ke laut dalam tempoh yang lama.

Para nelayan juga wajib menghadiri mesyuarat empat bulan sekali anjuran persatuan bagi memastikan mereka terus layak menerima elaun itu pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau berkata, bilangan penerima faedah subsidi minyak diesel dengan harga RM1.20 seliter dan petrol RM1.90 seliter di negeri itu sehingga Dis ini adalah seramai 2,480 orang. – Bernama

No comments:

Post a Comment