My Add

Tuesday 13 December 2011

Kawasan sekitar tapak warisan Lembah Bujang dilindungi

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Disember, 2011:KERAJAAN akan membeli tanah di sekitar kawasan berhampiran tapak warisan di Lembah Bujang di Kedah bagi mengelak berlakunya pembangunan perumahan dan pertanahan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D”cruz berkata, langkah itu adalah untuk menjaga kawasan sekeliling supaya tidak bercampur dengan kawasan yang menjadi ruang kerja ahli-ahli arkeologi di situ.

"Kita selalu menjaga kawasan sekeliling di mana kita akan membeli kawasan-kawasan sebelah supaya tidak bercampur dengan ahli arkeologi untuk buat kerja,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali yang ingin tahu jaminan kerajaan bahawa tidak akan berlaku pembangunan perumahan atau pertanahan di kawasan tapak warisan Lembah Bujang.

Maglin berkata, Jabatan Warisan Negara telah membina bumbung perlindungan di monumen yang ditemui melalui ekskavasi untuk memuliharanya dan menanggung kos penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) di tapak-tapak utama iaitu Sungai Batu dan Jeniang.

"Kementerian merancang membina sebuah galeri di kawasan ini agar rakyat mengetahui mengenai sejarah negara yang mana Lembah Bujang merupakan tamadun yang tertua di Asia Tenggara,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment