My Add

Thursday 22 December 2011

RUM cadang KTMB dijadikan agensi kerajaan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Disember, 2011:Kerajaan disaran menjadikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai sebuah agensi yang memberikan perkhidmatan untuk rakyat seperti agensi kerajaan yang lain di negara ini.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Abdul Razak Md. Hassan berkata, langkah itu akan dapat menambah baik perkhidmatan KTMB di samping menjamin kebajikan 5,500 pekerjanya.

"Penukaran itu juga akan dapat memastikan caj perkhidmatan KTMB kepada rakyat terutamanya kepada rakyat berpendapatan rendah sentiasa berada pada tahap yang tidak membebankan,” katanya kepada pemberita ketika menyuarakan bantahan pekerja terhadap cadangan pengambilalihan KTMB oleh MMC Corporation Bhd.

Isnin lepas MMC mengesahkan bahawa ia telah mengemukakan cadangan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) bagi mengambil alih KTMB. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment