My Add

Thursday, 22 December 2011

DPMM bantah penjualan ekuiti KFC, QSR kepada MESB

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Disember, 2011: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) membantah penjualan ekuiti KFC Holdings (Malaysia) Bhd dan QSR Brands Bhd. kepada Massive Equity Sdn Bhd (MESB) bagi mengekalkan pegangan syarikat tempatan di dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

Presidennya, Syed Ali Al Attas berkata, penjualan KFC dan QSR kepada MESB, jentera tujuan khas milik bersama Johor Corporation (JCorp) dan sebuah syarikat asing CVC Capital Partners, dibimbangi akan menyebabkan kedua-dua syarikat berkenaan terlepas ke tangan syarikat asing.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di pejabat DPMM di sini hari ini.

Syed Ali berkata, mengikut pelan penjualan KFC dan QSR, kedua-dua syarikat berkenaan akan dijadikan syarikat persendirian selepas penjualan berkenaan selesai.

Katanya, langkah itu akan memudahkan penjualan KFC dan QSR kepada mana-mana pihak yang berminat termasuklah syarikat asing tanpa perlu merujuk kepada Bursa Malaysia kerana statusnya sebagai syarikat persendirian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment