My Add

Thursday 22 December 2011

Saya akan pertahan hak mahasiswa, kata Saifuddin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Disember, 2011: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau tetap akan mempertahankan hak mahasiswa walaupun mereka mendesak beliau meletakkan jawatan menerusi memorandum yang dihantar semalam.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai desakan dalam memorandum itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara sebenar.

"Pada pendapat saya, mereka mempunyai hak untuk berhimpun dan bersuara. Saya akan mempertahankan hak mereka ini.

"Saya juga dimaklumkan bahawa sebahagian daripada yang hadir itu ialah mahasiswa. Kepada mereka, saya ingin nyatakan bahawa kasih saya pada mereka tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan di Parlimen hari ini.

Saifuddin berkata, semalam, beliau dimaklumkan oleh pegawai kementerian bahawa kira-kira 350 orang telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment