My Add

Wednesday 21 December 2011

Saya tidak akan tinggalkan Pas: Nasharuddin

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Disembr, 2011: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata beliau tidak akan meninggalkan parti itu bagi menyertai UMNO. 

"Janganlah gunakan alasan mudah untuk membuat kesimpulan terhadap tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, dakwaan kononnya beliau terperangkap dalam agenda UMNO adalah tidak berasas dan terlalu jauh menyimpang dari kebenaran.
Nasharudin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, kebelakangan ini banyak mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah membayangkan parti itu telah menyimpang dari matlamat asal. 

Ini mengundang pelbagai dakwaan, tuduhan dan tohmahan dari beberapa pihak di media massa, blog serta laman sosial yang mereka akan berpaling tadah untuk menyertai UMNO. 

Nasharudin menegaskan beliau adalah ahli PAS dan perjuangannya kekal bersama parti itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment