My Add

Wednesday 21 December 2011

Najib saran peserta kewangan tempatan ke seberang laut

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Disember, 2011: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa peserta kewangan tempatan supaya memainkan peranan penting dalam pengantaraan merentas sempadan dana kewangan Asia sebagai sebahagian daripada usaha negara ke arah menjadi sebuah negara maju.

Ini boleh dilakukan dengan institusi kewangan Malaysia terus meneroka ke luar negara dan mengulangi kejayaan mereka dalam negara di pasaran baru ini, kata beliau dalam ucapan khas pada majlis pelancaran Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 dan Siri Mata Wang Malaysia baharu di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, institusi kewangan tempatan boleh berusaha ke arah meningkatkan rangkaian serantau, menyediakan perkhidmatan yang berdaya saing, berkualiti tinggi dan menjadi rakan kongsi bertanggungjawab kepada masyarakat serantau.

Rangkaian fizikal yang lebih besar di seluruh rantau ini akan merangsang integrasi ekonomi setelah infrastruktur dinaik taraf dan pelaburan antara rantau meningkat untuk memanfaatkan peluang dan perbandingan kelebihan setiap negara Asia.

"Perubahan ini memberikan peluang-peluang yang penting bagi sektor kewangan Malaysia untuk menggerakkan dana serantau dan menggalakkan pengagihan secara berkesan sumber-sumber untuk pelaburan yang akan memacu pertumbuhan dan kemakmuran serantau,” kata Perdana Menteri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment