My Add

Friday 9 December 2011

SDSI sasar jualan tunai RM3 juta tahun ini, kata Mukhriz

MELAKA, JUMAAT 09 Disember, 2011:
PAMERAN Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2011, kali keenam anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), mensasarkan jualan tunai meningkat kepada RM3 juta berbanding RM2.9 juta pada tahun lepas.

Timbalan Menteri MITI Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pameran yang bertemakan “Dari Malaysia ke Persada Dunia” itu turut mensasarkan sesi padanan perniagaan sebanyak 950 berbanding 900 pada tahun lalu, melibatkan penyertaan pasar raya besar seperti Mydin, Giant, Tesco dan Carrefour.

Beliau berkata, pada tahun ini sebanyak 500 peserta pameran menyertai pameran yang memasarkan produk usahawan SDSI dari seluruh negara.

"Untuk pameran kali ini, MITI meletakkan objektif membantu dan memudahkan pemasaran produk dan perkhidmatan SDSI, meningkatkan imej produk perkhidmatan serta memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaran SDSI adalah berpotensi dan berkualiti.

"Selain itu, showcase ini bertujuan mewujudkan dan memperluaskan lagi rantaian perniagaan antara usahawan SDSI dan pembeli, pengedar, ejen pemasaran, stokis dan pengimport dari dalam dan luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran SDSI 2011 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment