My Add

Friday 9 December 2011

Tengku Mahkota Johor tunjuk keberanian kendali Tiger

LANGKAWI, JUMAAT, 09 Disember, 2011:
TENGKU Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim hari ini menunjukkan keberanian baginda mengendali helikopter ”Tiger” keluaran Eurocopter sempena lawatan baginda ke Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA ”11) di sini.

Baginda menaiki helikopter itu yang dipandu juruterbang Fabrice Bonne dan mengambil masa kira-kira 25 minit berada di ruang udara berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Baginda yang ditemui selepas menaiki helikopter berkata, ini kali kelima baginda membuat penerbangan dengan pesawat pejuang tetapi helikopter ini mempunyai kelengkapan senjata yang lebih canggih.

Tunku Ismail Idris berkata, walaupun hanya 25 minit tetapi ia satu pengalaman yang berharga dan berharap dapat menerbangkan helikopter itu dengan lebih lama lagi.

"Ia mempunyai sistem kawalan yang hebat. Pilot juga ada memberi arahan tentang cara kawalan pesawat yang baik,” kata baginda. - Bernama

No comments:

Post a Comment