My Add

Wednesday 7 December 2011

Seimbangkan kekayaan cabaran utama negara

CANBERRA, RABU, 07 Dismber, 2011:
TAN Sri Muhyiddin Yasin berkata, usaha mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kekayaan adalah cabaran utama Malaysia disebabkan kumpulan etnik serta wilayah yang terdiri daripada pelbagai status dan keperluan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebab itu usaha meningkatkan pendapatan 40 peratus rakyat yang tergolong dalam kelompok terkebawah dilakukan tanpa mengira latar belakang kaum.

Beliau berkata, pada masa sama, usaha berkenaan yang merupakan perluasan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini akan menyaksikan lebih banyak pembangunan dilaksanakan di wilayah yang mana kemiskinan masih tinggi seperti Sabah, Sarawak dan Kelantan.

“Ini bertujuan agar tahap pembangunan di antara tiga negeri tersebut dengan kawasan lain yang telah dibangunkan tidak terus wujud jurang,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajukMengurus Perubahan Politik di Australian National University (ANU) di sini hari ini.

Program syarahan tersebut sempena lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke Australia meliputi Canberra dan Perth.

Tambah Muhyiddin, perkara penting lain yang memerlukan keseimbangan adalah dalam sektor ekonomi yang mana pengalaman lalu membuktikan keseimbangan tersebut mampu mengurangkan impak krisis global. - UM

No comments:

Post a Comment