My Add

Sunday 4 December 2011

Semua produk KR1M perlu jalani ujian makmal

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Disember, 2011: 
PIHAK pengurusan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mengarahkan semua pembekal produk 1Malaysia menghantar produk mereka untuk ujian makmal berkala. 

Menurut kenyataan KR1M yang dikeluarkan di sini, ujian bagi semua 250 produk 1Malaysia yang membabitkan kos RM300,000 akan ditanggung oleh pembekal dan pembuat itu sendiri.

"Ia tidak akan dibiayai oleh kerajaan atau NGO atau pengurusan KR1M," menurut kenyataan itu.

Menurut KR1M, pelabelan dan kandungan adalah dua isu berbeza yang boleh berlaku pada sebarang produk, terutama produk yang baru memasuki pasaran dan mesti diperbetulkan dan diperbaiki dan tidak diklasifikasi sebagai “tidak selamat” atau berbahaya jika diguna. 

Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa 13 produk 1Malaysia gagal mematuhi Peraturan Makanan 1985 dan ia sudah mengambil tindakan sewajarnya. 

Produk terbabit adalah susu segar, susu pekat, krimer pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam bertin, kordial mangga, minyak sapi, kacang, mentega kacang berkrim, mentega kacang Crunchy, mentega kacang Crispy, dan sardin ikan dalam sos tomato bertin (155 gram). 

Ia menjelaskan produk berkenaan akan diberi peluang memasuki semula pasaran sebaik saja ia diperbetulkan dan seterusnya diperiksa oleh Kementerian Kesihatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment