My Add

Sunday 4 December 2011

UMNO Kelantan janji hapus cukai bakul jika berkuasa

BACHOK, AHAD, 04 Disember, 2011: 
BADAN Perhubungan UMNO Kelantan berjanji akan menghapuskan cukai bakul yang menjadi masalah baru kepada peniaga kecil jika rakyat negeri itu memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak. 

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata ini kerana ribuan peniaga kecil di negeri itu kini menghadapi masalah berikutan hasil jualan yang kurang memuaskan.

"Pendapatan mereka hanya cukup makan sahaja menyukarkan mereka untuk membayar hasil bakul kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, ia sebagai ulangan apa yang terdapat dalam manifesto BN pada PRU ke-12 yang lalu. 

Katanya, disebabkan kegagalan kerajaan negeri mencari punca pendapatan baru terutama menarik pelabur asing melabur di negeri ini, mereka terus mengharapkan kepada sumber pendapatan lama terutamanya hasil balak dan cukai bakul daripada peniaga termasuk penjaja kecil. 

"Ini menunjukkan Kelantan tidak mampu mentadbir walaupun diberi peluang lebih 21 tahun memerintah Kelantan dan masalah itu tidak seharusnya berulang," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment