My Add

Saturday 24 December 2011

Serah cadangan pindaan AUKU Febuari depan

KUALA LUMPUR, SABTU, 24 Disember, 2011: Jawatankuasa Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijangka menyiapkan cadangan pindaan untuk diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi awal Febuari depan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Profesor Nik Ahmad Nik Mahmod berkata, cadangan itu akan mengkaji dan mengambil kira maklum balas orang ramai berhubung kewajaran mahasiswa dibenar bergiat dalam politik kepartian.

Ia termasuk menganjurkan ceramah politik, merekrut pelajar sebagai anggota parti politik, mengedar risalah dan apa-apa aktiviti berkaitan parti politik, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklum balas boleh disalurkan ke e-mel rasmi aukuwg@mohe.gov.my, akaun laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg dan melalui soal selidik di laman webhttp://www.mohe.gov.com.my.

Nik Ahmad berkata, salah satu terma rujukan jawatankuasa itu ialah mendapatkan maklum balas pihak yang berkepentingan terutama warga kampus kolej dan universiti iaitu pelajar, tenaga akademik dan bukan akademik selain mengambil kira pandangan rakyat.

Proses pertama maklum balas adalah melalui arahan bertulis Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua Institusi Pengajian Tinggi bagi mendapatkan pandangan warga kampus mengenai pindaan yang perlu dilakukan, katanya.

Beliau berkata peringkat kedua ialah soal selidik di laman web kementerian dan laman sosialhttp://www.facebook.com/aukuwg.

Peringkat ketiga pula melalui pendengaran awam di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment