My Add

Saturday 24 December 2011

GWGF sambut baik pemberian bonus insentif

TEMERLOH, SABTU, 24 Disember, 2011: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menyambut baik pemberian bonus insentif produktiviti kepada peneroka Felda sekali gus menempelak keghairahan pembangkang yang sering mempersoalkan keikhlasan kerajaan untuk mengangkat martabat komuniti itu.

Timbalan Presiden GWGF, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, bonus insentif sebanyak RM400 hingga RM1,200 yang dinikmati warga Felda sangat memberi makna kepada peneroka khususnya yang masih mempunyai anak-anak bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, beliau percaya pembangkang pasti tidak senang duduk apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan pemberian wang insentif produktiviti selepas pertama kali dilaksanakan beberapa tahun lalu.

``Warga Felda patut bersyukur di atas pemberian insentif itu dan berharap tidak ada yang memandang serong keikhlasan Perdana Menteri yang tidak pernah mengecewakan komuniti Felda.

``Bagi peneroka yang `bebas` tanggungan kerana anak-anak sudah dewasa, mereka boleh menabung dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), saham amanah atau di Tabung Haji sebagai langkah pertama untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Abdullah yang merupakan generasi kedua Felda Lembah Klau, Raub mengulas pemberian bonus insentif produktiviti berjumlah RM102,584,000 kepada 95,949 peneroka yang diumumkan Najib semalam.

Menurutnya, bonus insentif produktiviti 2011 yang akan dibayar di pejabat rancangan masing-masing pada akhir bulan ini dapat menyedarkan warga Felda hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbaik untuk rakyat.

``Pada masa yang sama kerajaan mengiktiraf peranan dan jasa warga Felda dalam memakmurkan ekonomi negara,`` katanya. - UM

No comments:

Post a Comment