My Add

Thursday 8 December 2011

Taksub boleh pesongkan akidah

PUTRAJAYA, KHAMIS, 08 Disember, 2011:
KETAKSUBAN sesetengah pihak terhadap pemimpin pembangkang perlu dipandang serius agar ia tidak mempengaruhi rakyat termasuk memesongkan akidah mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah lepas tangan dalam isu membabitkan penceramah parti itu, Shamsul Zaman Sukri yang menyamakan beliau dengan nabi menampakkan sikap sebenar pemimpin itu.

Beliau berkata, Mursyidul Am Pas itu perlu menerangkan hal yang sebenar bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengan apa yang dikatakan penceramah terlibat.

Katanya, jika ada perkara baru yang dibawa kerajaan atau Barisan Nasional (BN) untuk kebaikan rakyat Nik Aziz sanggup memberi komen berjela-jela, tetapi dalam isu membabitkannya beliau sanggup mengambil sikap lepas tangan.

"Jika terlalu taksub dengan pembangkang, rakyat sendiri akan susah, contohnya, apabila kerajaan memperkenalkan sesuatu agenda yang baru kepada rakyat dan pembangkang menentang sehingga rakyat menolak, siapa yang akan rugi.

"Memang tidak dinafikan pembangkang diperlukan dalam sesebuah negara dan kerajaan, namun, pembangkang juga perlu faham dengan masalah dan keperluan rakyat, bukannya mengelirukan mereka dengan perkara yang boleh memesongkan akidah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco-Exco Luar Bandar seluruh negara di sini, semalam. - UM

No comments:

Post a Comment