My Add

Wednesday 7 December 2011

Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat raih anugerah

KUALA LUMPUR 6 Disember, 2011:
SISTEM pengurusan jenazah yang teratur dengan cara penyimpanan rekod yang sistematik serta kawasan persekitaran yang cantik membolehkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat di sini meraih Anugerah Tanah Perkuburan Islam Terbaik sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433H/2011 peringkat Wilayah Persekutuan.

Anugerah yang pertama kali diperkenalkan bagi menggantikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan itu menawarkan wang tunai RM10,000, trofi iringan serta sijil penghargaan.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha kepada anggota Urusetia Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Abdul Hamid Mat Isa pada majlis sambutan Maal Hijrah 1433H/2011 peringkat Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Abdul Hamid berkata, pengurusan di tanah perkuburan itu adalah sistematik dan teratur bagi memudahkan waris si mati mencari kubur anggota keluarga mereka.

"Pihak kami menyimpan rekod urusan pengkebumian di tanah perkuburan itu sejak tahun 1990 dan berharap pengiktirafan ini dapat menjadi ikutan kepada pihak pengurusan tanah perkuburan Islam yang lain,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment