My Add

Wednesday 7 December 2011

Himpun jangka lebih 10,000 hadir perhimpunan di Perak

IPOH , RABU, O7 Disember, 2011:
SEKRETARIAT Himpunan Sejuta Umat (Himpun) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan kedua yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak pada 17 Disember ini.

Pengerusi bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sekretariat memilih Perak sebagai negeri kedua dalam siri Jelajah Himpun kerana jawatankuasa dari negeri itu sudah bersedia menggalas cabaran tersebut.

"Pemilihan negeri tidak bermotifkan politik, selepas ini kita akan ke Negeri Sembilan diikuti Johor kerana jawatankuasa negeri ini juga telah bersedia.

"Bagaimanapun di Perak, kita mengurangkan jumlah penceramah kepada lima atau enam orang berbanding 14 penceramah di Shah Alam dan mengekalkan slot lain seperti nasyid dan selawat,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Mohd Azmi berkata, bagi menjamin langkah keselamatan pada tahap terbaik pihaknya telah berbincang dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang menyelia stadium berkenaan dan pihak polis.

"Himpun Ipoh mendapat kebenaran pihak polis. Pemilihan stadium ini adalah kerana kita yakin akan lebih memudahkan dalam soal penjagaan dan mengawal keselamatan orang awam serta kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment