My Add

Thursday 8 December 2011

Tebang pokok tanpa kebenaran, MPAJ arah syarikat bayar pampasan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Disember, 2011:
MAJLIS Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) meminta syarikat yang membina papan tanda iklan di depan pusat membeli-belah Ampang Point membayar pampasan kerana menebang pokok berusia lebih 30 tahun bagi mendirikan papan tanda itu.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata syarikat itu didapati menebang pokok berkenaan kira-kira jam 11 pagi tadi tanpa pengetahuan MPAJ.

Menurutnya, syarikat iklan itu memohon permit untuk membuat papan tanda iklan pada September lalu tetapi MPAJ tidak pula memberi kebenaran untuk menebang pokok.

"Kita terima panggilan dari kawasan kejiranan itu dan bertanya mengapa MPAJ menebang pokok di tepi jalan begitu saja. Selepas itu baru kita sedar bahawa syarikat itu melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya,” katanya kepada Bernama. 

Norhayati bekata, MPAJ kemudiannya meminta syarikat terbabit supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan papan tanda itu dan memberi notis untuk menuntut ganti rugi. 

Beliau berkata, syarikat itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen Akta Kerajaan Tempatan 1976 - Undang-undang Kecil Taman MPAJ 2005. 

No comments:

Post a Comment