My Add

Thursday 15 December 2011

Tempoh tandatangani tawaran SBPA tak dilanjut - KP JPA

PUTRAJAYA, KHAMIS. 15 Disember, 2011:
TEMPOH untuk menandatangani surat tawaran Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bermula esok sehingga 30 Disember ini tidak akan dilanjutkan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Bagaimanapun beliau berkata, hanya penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah sahaja dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan misalnya akibat sakit atau berada di luar negara.

Menurutnya, jika tempoh itu dilanjutkan, ia tidak adil kepada penjawat awam yang menerima kenaikan gaji pada Januari atau yang telah mencapai gaji mati, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abu Bakar juga berkata, tempoh masa yang diberikan untuk penjawat awam membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal kepada skim perkhidmatan yang lama adalah mencukupi untuk mereka membuat pertimbangan sewajarnya.

"Saya rasa singkat atau tidak tempoh itu adalah atas tuan punya diri untuk membuat keputusan. Individu boleh membuat keputusan atas budi bicara sendiri.

“Jika puas hati mereka boleh terima. Jika tidak, mereka boleh tolak,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment