My Add

Thursday 15 December 2011

10 cadangan untuk pilihan raya akan dibentangkan di Parlimen

GEORGETOWN, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
JAWATANKUASA Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) akan mula membuat rumusan bagi 10 cadangan baru yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, yang mempengerusikan pendengaran awam dua hari mulai hari ini berkata, setakat ini, 10 cadangan telah dikemukakan di Parlimen termasuk penggunaan dakwat kekal yang dibentangkan oleh jawatankuasa itu.

"Saya berharap setelah selesainya sesi pendengaran awam pada penghujung Januari nanti, kita boleh mula membuat rumusan untuk 10 lagi cadangan yang boleh kami persetujui sebelum dibentangkan pada sesi Parlimen Mac depan,” katanya kepada pemberita semasa waktu rehat pendengaran awam itu yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini.

Beliau berkata, kertas cadangan untuk pembentangan kali kedua ini akan mengambil sedikit masa kerana banyak cadangan yang sukar mendapat keputusan sebulat suara.

"Namun, saya yakin dengan ahli-ahli Yang Berhormat yang matang akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dan penambahbaikan kepada masalah yang timbul,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment