My Add

Tuesday 13 December 2011

Tidak ada pengumuman dalam bahasa Tamil di KLIA

KUALA LUMPUR, SELASA,  13 Disember, 2011:
KEMENTERIAN Pengangkutan tidak ada perancangan membuat pengumuman dalam bahasa Tamil di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kementerian itu mendapati tidak ada keperluan untuk membuat pengumuman dalam bahasa Tamil di KLIA kerana penumpang yang datang dari India bertutur dalam pelbagai bahasa ibunda.

"Selain Tamil, penumpang dari India turut bertutur dalam bahasa Hindi, Urdu, Malayalam, Telugu dan lain-lain lagi,” katanya pada sesi soal jawab persidangan itu di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai yang ingin tahu sama ada kementerian itu ada perancangan untuk melaksanakan pengumuman dalam bahasa Tamil di KLIA.

Abdul Rahim berkata, kebanyakan penumpang dari India juga adalah fasih dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua terpenting di negara berkenaan dan buat masa ini pengumuman di KLIA dibuat dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Pengumuman dalam bahasa Arab dan bahasa Jepun pula dibuat mengikut musim tertentu sahaja, katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment