KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Disember, 2011AJK Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad kata UMNO berjaya mengalih isu kegagalannya selama ini membela Melayu.
Tetapi sayangnya Ustazi Idris tidak pula tunjukkan bukti satu persatu. Cakap kosong siapa pun boleh
Kata Ustaz Idris, persidangan agung UMNO jadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah dan kepincangan Laporan Audit Negara.
Katanya, semua isu itu berjaya didiamkan apabila perwakilan dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat. Betulkah begitu, ustaz?
Setahu saya Ustaz Idris. perhimpunan agung parti-parti pembangkang pun buat begitu juga, malah lebih lagi. Jangan mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih. Parti uztaz pun dua kali lima juga..
Menurutnya, bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat.
Tak best, ustaz nampak orang UMNO sahaja buat begitu, tapi ustaz tak boleh sorok orang Pas pun buat lebih dahsyat lagi. Jangan cuba tutup bangkai gajah dengan nyiru ustaz!
Ustaz Idris menambah, mereka (siapa?) memahami bahawa UMNO perlukan undi Melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi. Uztaz saja yang kata begitu.
Ustaz Idris kata persidangan agung UMNO cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan semuanya angkara DAP? Tanya diri sendiri, siapa yang kuat putar belit fakta? Rakyat tahu!
Apa fasal ustaz nak bela sangat parti perkauaman itu? Oh, ya, saya terlupa dan tersilap, DAP geng karib Pas dan PKR...tidur sebantal, tapi mimpi lain-lain.
Apa fasal sebgai orang kuat Pas, ustaz tak lanyak DAP yang terang-terang menolak Hudud yang diperjuangkan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Jangan nampak benda kecil yang jauhnya berbatu-batu, tapi benda besar tersengkang di pinggir mata tak nampak!
Ustaz kata DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008. Ustaz tanya pula siapa yang memerintah Pulau Pinang sebelum itu? Jawapannya tentulah Barisan Nasioanl.
Tetapi selama pemeritahan BN dahulu, tidaklah seteruk seperti yang berlaku di Pulau Mitiara itu. Ustaz tak perasankah apa yang terjadi sejak DAP berkuasa. Apa fasal ustaz tak komplin tindak tanduk Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.
Ustaz tak perasankah... atau ustaz sengaja buat tak ambil tahu atau kurang dengar jeritan masyarakat Melayu Islam di Pulau Pinang kebelakangan ini. Buat apa tegak benang yang sudah basah.
Ustaz kata tindakan UMNO menjerit orang lain yang mengkhianat orang Melayu seperti pencuri menjerit pencuri. Tetapi, ingat ustaz, sekarang pencuri zaman moden, mereka memiliki facebook dan blog.
Dalam kenyataan terbaru, ustaz hanya menyenaraikan pengkhianatan UMNO kepada orang Melayu sebagai ‘tazkirah’ untuk pimpinan UMNO yang mudah lupa.
Tetapi ustaz tidak buktikan satu persatu, secara nyata bentuk dan jenis pengkhianatan UMNO terhadap bangsanya. Ustaz hanya cakap saja. Tunjuklah bukti yang kukuh serta berasas.
Siapa yang menghalau orang Melayu di di Kampung Plentong Tengah Johor Bahru hampir 290 buah rumah ditolak dan dihalau pada 16 Oktober 2009. Dedah bukti, beritahulah kepada umum.
Ustaz kata diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan seperti menyekat 118 projek di Kelantan sejak 1991 (Rancangan Malaysia Ke-6), merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan, sedangkan rakyat negeri itu majoriti Melayu. Betulkah?
Siapa yang bertanggungjawab melesap saham Bumiputera daripada RM52 bilion (1984), hanya tinggal RM2 bilion (2005)? Ustaz buktikan siapa? Dedahkan siapa?
Siapa yang pernah menjual Syarikat Bernas (Syarikat Beras Negara) dijual kepada syarikat Hong Kong Wan Tak Co. Ltd sebanyak 31.36%?” Tunjuk bukti, baru bicara.
UMNO melesap wang PPRT sebanyak RM32 bilion di mana menterinya ketika itu, Datuk Annuar Musa daripada UMNO. Betulkah? Harap Tan Sri Anwar jawab.
UMNO juga dikatakan mengkhianati kepada pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Benarkah UMNO khianati bangsanya sendiri?
Wang rakyat hangus hampir RM5 bilion dan siapa yang menggadai tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Drdahkan bukti.
Siapa yang bertanggungjawab terhadap 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Township, projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. Tuduhan saja kut?
Seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL digadai oleh pemimpin UMN)Tentu ustaz kepada YTL), tanah rizab Melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway. Tentu sekali ustaz simpan buktinya.
Kata Ustaz Idris, ini hanya beberapa contoh sahaja, pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin hipokrit yang menjerit bela Melayu di siang hari di PWTC, tetapi di malam hari merekalah yang berunding menggadai tanah.
Tidak molek beri contoh dan andaian sahaja tanpa buktinya sekali!
No comments:
Post a Comment