My Add

Monday 19 December 2011

Usah berkompromi, segera ambil tindakan - Omardin

OMARDIN Mauju beramah mesra dengan kontinjen muda dari India selepas merasmikan Kejohanan Silambam Sedunia Kali Kedua di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan, semalam.


SEREMBAN, ISNIN, 19 Disember, 2011:. Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) mendesak kerajaan tidak lagi berkompromi dengan mereka yang sanggup mencemar agama Islam dan merendahkan martabat bangsa Melayu selain sanggup mencabar undang-undang negara.

Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, sudah tiba masanya kerajaan bertegas dalam soal itu kerana pelbagai isu yang berlaku ketika ini bukan sahaja memalukan, malah merosakkan akidah umat Islam dan umat Melayu.

Merujuk kes seorang pemuda Melayu yang dilaporkan berkahwin dengan seorang lelaki warga asing di luar negara, katanya, perkara itu amat mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku.

"Saya sendiri tidak faham mengapa lelaki berkenaan bertindak sedemikian. Mungkin dia dipergunakan oleh segelintir pihak yang mahu menjatuhkan imej bangsa Melayu dan agama Islam. Ini perkara yang serius dan perlu diambil perhatian kerana maruah bangsa Melayu dan akidah umat Islam telah tercalar.

"Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), saya berharap kerajaan jangan tunggu untuk mengambil tindakan kerana kalau dibiarkan, ia akan merosakkan anak muda di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Silambam Sedunia Kali Kedua di Stadium Tertutup Nilai dekat sini, semalam.

Jelas Omardin, beliau percaya ada segelintir pihak yang menjadi dalang di sebalik perbuatan songsang lelaki berkenaan berdasarkan gambar pemuda berkenaan yang mengenakan pakaian tradisional Melayu pada hari perkahwinannya itu.

"Kenapa dia tidak pakai pakaian Barat sahaja pada upacara songsang itu? Sudahlah berkahwin cara Kristian. Memang saya nampak ada unsur sabotaj untuk menjatuhkan Melayu dan Islam," katanya.

Justeru beliau menyeru kepada semua NGO memerangi perkara seperti itu kerana jika dibiarkan, ia bukan sahaja merosakkan akidah umat Islam malah menjadi barah kepada generasi muda akan datang. - UM

No comments:

Post a Comment